Blogger Widgets

PERHATIAN TERKINI

PERHATIAN PENTING!: OLEH KERANA GAMBAR DILAMAN INI TELAH MENCUKUPI KUOTA, LAMAN INI TELAH DIARKIBKAN DAN AKAN DIJADIKAN SATU PAUTAN DARI LAMAN SKSB YG BARU (LAMAN SKSB YANG BARU IALAH DI http://skseribayupenang3.blogspot.com/. UTK MAKLUMAN ; LAMAN INI MENGANDUNGI BERITA SEKITAR MEI 2010HINGGA NOVEMBER 2012 SAHAJA. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.

TAIP CARIAN ANDA DARI BLOG INI

LAGU RASMI SEKOLAH (KLIK "SIMBOL PLAY")

Sunday, October 2, 2011

HARI KECEMERLANGAN AKADEMIK




KETIBAAN WAKIL YB. TUAN SY. AMERRUDIN DISAMBUT DENGAN PALUAN KOMPANG









EN. NORHAN(BERKACA MATA), YDP PIBG SKSB








SEBAHAGIAN PEMENANG ANUGERAH DAN HADIRIN












TN. GB SEDANG MEMBERI KATA ALUAN













PASUKAN GAMELAN DARI SMKTK2 PIMPINAN EN. MOHD KAMIL SEDANG MENGIRINGI
MAJLIS...









PERSEMBAHAN PRA SEKOLAH LAGU "BAPAKU PULANG DARI KOTA"






1HB. Oktober 2011

Bertempat di foyer sekolah Hari Kecemerlangan Akademik telah berjaya diadakan. Majlis ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan dirasmikan oleh wakil ADUN Bayan Lepas. Dalam kata-kata aluannya beliau mengesyorkan pihak sekolah mempebanyakkan aktiviti yang boleh mempertingkatkan kepetahan murid-murid bercakap, seperti pertandingan debat. Menurut beliau murid Melayu khasnya kurang "ramah" menjawab jika diajukan soalan kepada mereka berbanding dengan murid-murid di negara barat. Beliau juga berharap pihak sekolah tidak malu untuk memohon sebarang bantuan dari beliau jika di perlukan. Menurut beliau lagi, murid-murid di Malaysia seharusnya bersyukur kerana tiada yang susah sehingga tidak dapat makan seperti di Somalia dan sebagainya.

Ucapan seterusnya ialah dari Encik Norhan, selaku Pengerusi PIBG SKSB. Kemudian Tn, GB, En. Azmi pula memberi ucapan yang banyak menyentuh tentang prestasi sekolah dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di sekolah untuk mempertingkatkan lagi prestasi akademik murid-murid.

Kumpulan Gamelan murid Tingkatan 2 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar 2 telah dijemput untuk memainkan muzik gamelan semasa penganugerah hadiah-hadiah dan sijil. Mereka kebanyakannya merupakan bekas murid SKSB dan dibimbing oleh En. Mohd. Kamil, seorang guru muzik di sekolah mereka.

Persiapan pentas kali ini amat menarik bertemakan peralatan dan pakaian tradisional seperti batu penggiling, nyiru, jala, lesung batu, tikar mengkuang, kain batik dan lain-lain lagi.Ibubapa juga dipertontonkan dengan tayangan slide berjudul sekali imbas 70 Peristiwa 2011 di SKSB. HKA kali ini juga di meriahkan oleh persembahan pentas oleh murid-murid dari Tahun 1 hingga tahun 6 diselang-selikan dengan penganugerah hadiah-hadiah kecemerlangan akademik.Majlis berakhir kira-kira pada pukul 12.30 tengahari.Syabas diucapkan kepada yang telah berjaya. Kepada yang belum berjaya, teruskan usaha... (UNTUK GAMBAR YANG LEBIH BANYAK, SILA KE FACE BOOK. DI ALAMAT : album sksb) http://www.facebook.com/media/set/?set=a.238631719519751.57689.100001187746874&type=1

No comments:

Post a Comment

TVSKSB TERKINI-SUASANA KETIKA MENERIMA KEPT. UPSR