Blogger Widgets

PERHATIAN TERKINI

PERHATIAN PENTING!: OLEH KERANA GAMBAR DILAMAN INI TELAH MENCUKUPI KUOTA, LAMAN INI TELAH DIARKIBKAN DAN AKAN DIJADIKAN SATU PAUTAN DARI LAMAN SKSB YG BARU (LAMAN SKSB YANG BARU IALAH DI http://skseribayupenang3.blogspot.com/. UTK MAKLUMAN ; LAMAN INI MENGANDUNGI BERITA SEKITAR MEI 2010HINGGA NOVEMBER 2012 SAHAJA. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.

TAIP CARIAN ANDA DARI BLOG INI

LAGU RASMI SEKOLAH (KLIK "SIMBOL PLAY")

Wednesday, October 5, 2011

CERAMAH MENCEGAH KEBAKARAN




.
5 Okt. 2011

Ceramah mencegah kebakaran telah diadakan di foyer sekolah oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Jalan Tengah, Bayan Baru. Dalam kata aluannya, tuan Guru Besar mengharap murid yang mendapat ilmu pada sesi penerangan ini turut menghebahkan pengetahuan mereka.

Ceramah penerangan telah disampaikan oleh En. Fairuz dari pasukan Bomba. Tajuk ceramah beliau ialah: "Kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan". Menurutnya skop kerja bomba menjadi lebih meluas setelah pasukan itu diberi nama baru sekitar tahun 1990-an sebagai Pasukan Bomba dan Penyelamat. Ini termasuklah menyelamatkan kucing yang tidak dapat turun dari pokok. Kucing diselamatkan kerana bagi pasukan bomba, tugas mereka termasuklah menyelamatkan "nyawa" segala makhluk. Beliau mengharapkan murid-murid tidak sekali-kali bermain bunga api kerana ia menjadi salah satu punca kebakaran selain dari suatu pembaziran. Ceramah juga menyentuh tentang punca-punca api, cara mencegah dan sebab-sebab kebakaran.


Selepas ceramah, satu sesi tunjukcara memadam kebakaran dengan menggunakan kaedah PASS juga turut diadakan di Dataran Bayu.Pihak sekolah juga disajikan dengan pameran gambar-gambar berkenaan bomba dan kebakaran. Murid dan guru juga diberi peluang untuk memadamkan kebakaran dengan menggunakan alat pemadam kebakaran dengan kaedah "PASS". Ceramah yang bermula pada pukul 8.30 minit ini berakhir kira-kira pada pukul 10.20 pagi.

No comments:

Post a Comment

TVSKSB TERKINI-SUASANA KETIKA MENERIMA KEPT. UPSR