Blogger Widgets

PERHATIAN TERKINI

PERHATIAN PENTING!: OLEH KERANA GAMBAR DILAMAN INI TELAH MENCUKUPI KUOTA, LAMAN INI TELAH DIARKIBKAN DAN AKAN DIJADIKAN SATU PAUTAN DARI LAMAN SKSB YG BARU (LAMAN SKSB YANG BARU IALAH DI http://skseribayupenang3.blogspot.com/. UTK MAKLUMAN ; LAMAN INI MENGANDUNGI BERITA SEKITAR MEI 2010HINGGA NOVEMBER 2012 SAHAJA. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.

TAIP CARIAN ANDA DARI BLOG INI

LAGU RASMI SEKOLAH (KLIK "SIMBOL PLAY")

Saturday, October 15, 2011

TAYANGAN VIDEO CEREKARAMA "DEMI MASA" DI PSS






TAYANGAN IKLAN BERPENGAJARAN-
"AKU INGIN PULANG" (PETRONAS)











KHUSYUK MENGHAYATI CEREKARAMA "DEMI MASA"












FILEM "DEMI MASA" DI BILIK TAYANGAN














PERSEMBAHAN "TV SKSB" SILA
KLIK GAMBAR INI UNTUK BESARKAN









TAYANGAN INI DIJALANKAN SERENTAK DI BILIK TV DAN PERPUSTAKAAN DENGAN MENGGUNAKAN PEMANCAR WAYERLES...







6 Okt. 2011
Kali ini giliran aktiviti UPSR bersama PSS pula. PSS memilih untuk menayang video di bilik tayangan. Program ini bermula pada pukul 8.15 pagi dan berakhir pada 10.45 minit pagi. Tayangan video serentak di bilik tayangan dan perpustakaan adalah dengan menggunakan "wireless receiver" yang dipancarkan dari bilik tayangan ke perpustakaan.

Video cerekarama yang terpilih untuk ditayangkan pada kali ini berjudul "Demi Masa" yang dirakam dari slot cerekarama TV3. Filem ini berdasarkan sebuah kisah benar mengenai seorang anak derhaka. Ia amat relevan dengan pelajar-pelajar yang telah menghadapi UPSR. Filem ini mengisahkan seorang anak yang dapat masuk ke asrama penuh berkat doa dan kasih sayang ibunya yang buta sebelah mata.

Oleh kerana ibunya buta, Zali yang pintar berasa malu jika orang lain mengenali ibunya. Ibunya makin dilupakan ketika Zali ditawarkan ke salah sebuah sekolah berasrama penuh. Akhirnya Zali berkahwin dengan salah seorang peminatnya di Universiti dan beliau tidak lagi menjenguk ibunya di kampung. Sesudah ibunya meninggal dunia barulah Zali mengetahui bahawa ibunya buta akibat menderma mata kepadanya ketika kedua ibu bapanya dan dirinya terlibat dengan suatu kemalangan yang meragut nyawa bapanya. Akhirnya Zali menyesal.

Dalam slot program lepas UPSR ini, murid kemudiannya diberi peluang menjawab soalan-soalan kuiz soalan lisan berdasarkan filem tersebut. Murid yang berjaya diberi hadiah "duit raya" oleh PSS.Sesudah filem ini selesai didapati majoriti murid perempuan menitiskan airmata kerana tidak tahan sebak merasa sedih dan simpati kepada ibu Zali. Guru-guru unit kaunseling juga memberi tazkirah mengenai kasih ibubapa.PSS menganggap filem ini memberi kesan dan berjaya menambah keinsafan murid setelah menyaksikan ramai murid menitiskan air mata...

Di penghujung program bersama PSS ini, murid disajikan dengan filem-filem iklan bercorak pendidikan seperti iklan "Murai" (petronas), iklan jalanraya, iklan hariraya, kemerdekaan dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment

TVSKSB TERKINI-SUASANA KETIKA MENERIMA KEPT. UPSR