Blogger Widgets

PERHATIAN TERKINI

PERHATIAN PENTING!: OLEH KERANA GAMBAR DILAMAN INI TELAH MENCUKUPI KUOTA, LAMAN INI TELAH DIARKIBKAN DAN AKAN DIJADIKAN SATU PAUTAN DARI LAMAN SKSB YG BARU (LAMAN SKSB YANG BARU IALAH DI http://skseribayupenang3.blogspot.com/. UTK MAKLUMAN ; LAMAN INI MENGANDUNGI BERITA SEKITAR MEI 2010HINGGA NOVEMBER 2012 SAHAJA. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.

TAIP CARIAN ANDA DARI BLOG INI

LAGU RASMI SEKOLAH (KLIK "SIMBOL PLAY")

Thursday, October 20, 2011

SAMBUTAN HARI KO-KURIKULUM SEKOLAH

Sambutan Hari Kokurikulum Sekolah telah diadakan pada 29 Okt. 2011. Tuan GB telah merasmikan sambutan hari kokurikulum pada tahun ini. Guru-guru mengambil peluang berniaga di tidak kurang dari 10 buah gerai di sekitar sekolah. Pembelian adalah melalui kupon-kupon yang telah dijual, Konsep perniagaan adalah membeli sambil menderma. Wang yang diterima akan disaklurkan untuk tabung sekolah bagi kebajikan murid. RTM Pulau Pinang telah dimaklumkan dengan program ini supaya dapat mewar-warkannya di udara.
Antara aktiviti yang menarik pada hari tersebut ialah penjualan makanan dan minuman oleh guru-guru, pertandingan basikal lambat, cabutan bertuah untuk pengunjung, pertandingan water rocket,pertandingan mewarna untuk tahap 1, pameran pencegahan jenayah dan pameran kesihatan oleh agensi kerajaan , pertunjukan filem, permintaan ucapan sms oleh radio SKSB dan lain-lain lagi.
Kehadiran amat memberangsangkan walaupun di musim hujan. Murid-murid "lama" atau bekas murid murid SKSB juga kelihatan turut mengunjungi program ini bagi memeriahkan sambutan .Pada pukul 12.30 tgh. hari ini murid-murid dan kumpulan murid yang berjasa dibidang ko-kurikulum SKSB diraikan dengan penganugerahan sijil dan hadiah diselang seli dengan cabutan bertuah berdasarkan nombor pada kupon pembelian.Pengerusi PIBG, En Norhan Shuib juga turut menyampaikan sijil dan anugerah ko-kurikulum kepada murid. Program sambutan ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 2.00 petang.Syabas kepada semua!

No comments:

Post a Comment

TVSKSB TERKINI-SUASANA KETIKA MENERIMA KEPT. UPSR