Blogger Widgets

PERHATIAN TERKINI

PERHATIAN PENTING!: OLEH KERANA GAMBAR DILAMAN INI TELAH MENCUKUPI KUOTA, LAMAN INI TELAH DIARKIBKAN DAN AKAN DIJADIKAN SATU PAUTAN DARI LAMAN SKSB YG BARU (LAMAN SKSB YANG BARU IALAH DI http://skseribayupenang3.blogspot.com/. UTK MAKLUMAN ; LAMAN INI MENGANDUNGI BERITA SEKITAR MEI 2010HINGGA NOVEMBER 2012 SAHAJA. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.

TAIP CARIAN ANDA DARI BLOG INI

LAGU RASMI SEKOLAH (KLIK "SIMBOL PLAY")

Sunday, March 13, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG 2011






EXCO YANG BARU DILANTIK BAGI SESSI 2011-2012








HADIRIN YANG HADIR MEMENUHI FOYER..














PROF DATO' MUHAMAD IDIRIS PERASMI MESYUARAT (BERBAJU BIRU)








5 Mac 2011 (Sabtu)
Bertempat di foyer sekolah, Mesyuarat Agung PIBG telah berjaya diadakan. Ia dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Profesor Dr. Muhd. Idiris b. Hj. Mohd. Salleh, Pengerusi Qaryah Masjid Teluk Kumbar . Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 1.00 petang.

Dalam ucapan perasmiannya, perasmi menekankan soal kesediaan untuk berubah dan kemampuan bersaing dengan sekolah lain. Guru harus bermuhasabah kenapa ibubapa sering memilih sekolah tertentu untuk menempatkan anak mereka.

Kira-kira pada pukul 11.00 pagi majlis beristirehat. Ketika ini hadirin dihidangkan dengan jamuan ringan dan dipertontonkan dengan selingan tayangan video berjudul "Sekali Imbas 50 Peristiwa 2010 SKSB" di skrin besar. Tayangan itu bertujuan memberi informasi kepada hadirin tentang 50 peristiwa yang berlaku di SKSB di sepanjang tahun 2010. Hadirin juga diperkenalkan dengan laman web rasmi sksb.

En Ghani selaku pengerusi PIBG yang lalu telah melepaskan jawatannya dan En. Norhan Shuib telah terpilih sebagai Pengerusi PIBG bagi sessi 2011/2012 .

No comments:

Post a Comment

TVSKSB TERKINI-SUASANA KETIKA MENERIMA KEPT. UPSR