26 Februari 2011
Kem Bestari Solat anjuran panitia Pendidikan Islam untuk tahap 2 telah diadakan di SKSB. Taklimat dilakukan di foyer dan kemudian murid dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil di kelas untuk bimbingan guru-guru SKSB yang bertindak sebagai fasilitator. Pada hari Rabu dan Khamis lepas juga telah diadakan kem berkenaan tetapi untuk tahap 1 sahaja. Dalam program ini murid juga telah diberi tunjuk ajar cara-cara mengerjakan solat berjemaah dan solat jenazah.
Program berkenaan juga "dikejutkan" oleh kehadiran penuntut-penuntut berbangsa Jepun dari Universiti Fukushi. Mereka merupakan "anak angkat" kepada suami salah seorang dari tenaga pengajar di SKSB. Kehadiran mereka ialah untuk mengenal lebih dekat budaya penduduk Malaysia termasuklah budaya murid SKSB.Program Kem Bestari ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 12.30 tengahari.
SESI PENERANGAN DI KELAS
KURSUS DI FOYER SEKOLAH...
KEHADIRAN TANPA DIDUGA...PENUNTUT UNIVERSITI FUKUSHI, JEPUN
* walaupun Fukushima ditimpa gempabumi, pelajar Jepun berkenaan dilaporkan selamat..
ReplyDelete