Blogger Widgets

PERHATIAN TERKINI

PERHATIAN PENTING!: OLEH KERANA GAMBAR DILAMAN INI TELAH MENCUKUPI KUOTA, LAMAN INI TELAH DIARKIBKAN DAN AKAN DIJADIKAN SATU PAUTAN DARI LAMAN SKSB YG BARU (LAMAN SKSB YANG BARU IALAH DI http://skseribayupenang3.blogspot.com/. UTK MAKLUMAN ; LAMAN INI MENGANDUNGI BERITA SEKITAR MEI 2010HINGGA NOVEMBER 2012 SAHAJA. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.

TAIP CARIAN ANDA DARI BLOG INI

LAGU RASMI SEKOLAH (KLIK "SIMBOL PLAY")

Saturday, July 16, 2011

KEJOHANAN SUKAN KALI KE 11, 2011




PENYERTAAN IBUBAPA
DALAM ACARA "MAKIN JAUH MAKIN SAYANG"...













PALUAN KOMPANG KETIBAAN...













PENYAMPAIAN HADIAH-HADIAH












RUMAH SUKAN YANG BERTANDING...













PERBARISAN RUMAH KENYALANG










"CARI GULA-GULA" UNTUK KANAK-KANAK














ACARA TARIK TALI DI PENGHUJUNG TEMASYA
















PERBARISAN SEWAKTU PERMULAAN ACARA





Setelah berpenat lelah berlatih selama lebih kurang sebulan, akhirnya . Sukan Olahraga SKSB kali kesebelas telah berjaya dilangsungkan pada hari ini 16 hb. Julai 2011. Tidak kurang dari 12 acara dipertandingkan termasuk acara sukaneka untuk tahap 1 dan acara tarik tali tahun 6. Para waris juga berpeluang untuk menunjukkan kemahiran masing-masing dalam acara "makin jauh makin sayang". Kejohanan ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran bekas Guru Besar , En. Ab. Hamid dan para bekas murid SKSB.

Dalam ucapan aluan, Tn. Guru Besar, En. Mohd Asri b. Abdul Rahman menyatakan bahawa sukan pada tahun ini dilangsungkan secara agak sederhana tetapi meriah. Beliau menekankan sukan untuk kesihatan dan sukan juga telah menjadi salah satu sumber pendapatan. En. Norhan b. Shuib selaku Pengerusi PIBG SKSB pula telah dijemput untuk merasmikan kejohanan pada kali ini. Murid yang terpilih sebagai Olahragawan Sekolah pada tahun ini ialah adik Al-Ikhlas b. Mohd Shukri dari tahun 6. Beliau adalah dari pasukan Kenyalang.

Kejohanan dimulai dengan perbarisan kawad dari dari 4 pasukan yang bertanding iaitu rumah Cenderawasih, Kasuari, Kenyalang dan Rajawali.Rumah Kasuari dinobatkan sebagai juara keseluruhan , diikuti oleh rumah Kenyalang dan rumah Cenderawasih pula menduduki tempat yang ketiga. Kejohanan ini bermula kira -kira pada pukul 8.30 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 2.15 minit petang.

No comments:

Post a Comment

TVSKSB TERKINI-SUASANA KETIKA MENERIMA KEPT. UPSR