Seorang murid membaca skrip dan disemak oleh murid lain
Mereka memilih skrip-skrip tertentu untuk dibaca
Adik Mohd. Alif dan Mohd. Najmie begitu berminat sekali.
Mereka hadir ke sekolah semasa cuti untuk berlatih.
En. Shahrin sedang memberi bimbingan hari sebelumnya.
RADIO SKSB MARA SETAPAK LAGI
Mulai bulan Ramadhan "sudut juruhebah SKSB junior" telah diwujudkan di SKSB. Ia bertujuan untuk menyediakan peluang bagi melatih kemahiran "public speaking" murid.Dalam program ini, murid tahap 2 yang berminat dijemput membacakan skrip pengumuman dengan menggunakan mikrofon di Dataran Bayu.
Mereka secara bergilir akan membaca skrip yang telah disediakan untuk diwar-warkan kepada murid.
Di antara skrip-skrip tersebut ialah Pengumuman Perhimpunan Pagi, Peringatan Solat Jumaat,
Peringatan Solat Tarawikh, Pengumuman Kunjungan Perpustakaan bergerak dan lain-lain lagi.
Program ini bermula pada setiap pagi pada pukul 7.15 hingga 7.30 sebelum perhimpunan harian.
PSS mengambil peluang ini bagi memenuhi masa makan pagi mereka yang terluang kerana berpuasa.Terima kasih kepada unit audio visual PSS.
No comments:
Post a Comment