Blogger Widgets

PERHATIAN TERKINI

PERHATIAN PENTING!: OLEH KERANA GAMBAR DILAMAN INI TELAH MENCUKUPI KUOTA, LAMAN INI TELAH DIARKIBKAN DAN AKAN DIJADIKAN SATU PAUTAN DARI LAMAN SKSB YG BARU (LAMAN SKSB YANG BARU IALAH DI http://skseribayupenang3.blogspot.com/. UTK MAKLUMAN ; LAMAN INI MENGANDUNGI BERITA SEKITAR MEI 2010HINGGA NOVEMBER 2012 SAHAJA. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.

TAIP CARIAN ANDA DARI BLOG INI

LAGU RASMI SEKOLAH (KLIK "SIMBOL PLAY")

Friday, May 25, 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012 PERINGKAT SKSB

MENONTON PERUTUSAN MENTERI PELAJARAN DI KACA TV SKSB
KLIP VIDEO (SEKADAR YG SEMPAT DIRAKAM OLEH KAMERA PSS)
SESI PENGGAMBARAN BERAMAI-RAMAI DENGAN BERPAKAIAN BATIK RASMI SEKOLAH
TUAN GB BERSAMA PENAJA JAMUAN HARI GURU: ENCIK MOHD HATTA DI SAKSIKAN OLEH PK HEM DAN PK1
TN. GB BERSAMA HADIAH YG DITERIMANYA DLM SESI PERTUKARAN HADIAH
ADIK MOHD NAZRI MENYAMPAIKAN UCAPAN MEWAKILI MURID
GURU MENIKMATI JAMUAN TAJAAN PENGUSAHA KANTIN SEKOLAH
PEMANDANGAN DARI ATAS SEMASA PERHIMPUNAN RASMI HARI GURU SAMBUTAN HARI GURU SKSB 2012

 MURID KELIHATAN BERSEDIA UNTUK MENYAMPAIKAN JAMBANGAN BUNGA..
PN. SAEMAH SEDANG MENYUMBANGKAN LAGUNYA

Sambutan Hari Guru  Peringkat SKSB diadakan pada 25 Mei 2012. Semua guru mengambil bahagian dalam sambutan ini. Sambutan kali ini dimulakan dengan perhimpunan rasmi kira-kira pada pukul 7.45 pagi. Ustaz Hamdi diamanahkan untuk menyempurnakan bacaan doa.. Cikgu Saemah pula mempengerusikan majlis. Tuan Guru Besar , En Ahmad Azmi b. Hj. Aiyob kemudiannya merasmikan sambutan kali ini. Cikgu Normurni memberikan ucapan bagi pihak guru manakala adik Mohd. Nazri dari 6 Delima pula menyampaikan ucapan mewakili murid.

Selepas itu guru-guru bersama-sama menyanyikan lagu "Guru Malaysia", "Biarku Menjadi Lilin", "Lagu Tema Hari Guru 2012" dan lagu "Warisan". Ini diikuti pula dengan lagu "Terima kasih Cikgu" yang dinyanyikan murid secara beramai-ramai. Selepas itu murid menyampaikan hadiah kepada guru-guru yang mereka hajati.

Guru juga disajikan dengan permainan-permainan sukaneka selepas itu. Kira-kira pada pukul 11.05 pagi, guru dan murid dihiburkan pula dengan persembahan pentas oleh murid. Persembahan pentas ini terdiri dari tarian 1 Malaysia, Tarian Melayu dan Tarian Padang Pasir. Guru juga turut memberi persembahan secara sukarela dalam slot ini. Tuan Guru Besar mempersembahkan kebolehannya bermain gitar, Pn. Saemah menyanyikan lagu "ayah dan ibu" manakala En. Shahrin pula mempersembahkan pertunjukan silapmata.

Pada sebelah petang hari Khamis sebelumnya guru telah menikmati juadah tengahari tajaan pihak kantin sekolah. Mereka juga telah bertukar-tukar hadiah sempena Hari Guru dan bergambar beramai-ramai dengan berpakaian batik. Selepas solat Zohor, guru-guru bergegas ke Bukit Jambul untuk bermain boling sambil mengeratkan silaturrahim. Pada 16 haribulan Mei lalu, guru telah bersama-sama menonton Siaran Secara langsung Perutusan Hari Guru oleh Menteri Pelajaran melalui televisyen  di foyer sekolah.

Komen-komen dan gambar-gambar dilaman ini bertujuan untuk pendidikan sahaja dan tidak bertujuan  untuk menyinggung sesiapa jua. Jika anda berasa tersinggung ,kurang sesuai atau maklumatnya kurang tepat, sila hubungi kami.Terima kasih

No comments:

Post a Comment

TVSKSB TERKINI-SUASANA KETIKA MENERIMA KEPT. UPSR