Blogger Widgets

PERHATIAN TERKINI

PERHATIAN PENTING!: OLEH KERANA GAMBAR DILAMAN INI TELAH MENCUKUPI KUOTA, LAMAN INI TELAH DIARKIBKAN DAN AKAN DIJADIKAN SATU PAUTAN DARI LAMAN SKSB YG BARU (LAMAN SKSB YANG BARU IALAH DI http://skseribayupenang3.blogspot.com/. UTK MAKLUMAN ; LAMAN INI MENGANDUNGI BERITA SEKITAR MEI 2010HINGGA NOVEMBER 2012 SAHAJA. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.

TAIP CARIAN ANDA DARI BLOG INI

LAGU RASMI SEKOLAH (KLIK "SIMBOL PLAY")

Saturday, January 28, 2012

MAJLIS BERTEMU WARIS TAHUN 6

KELIHATAN IBU BAPA SEDANG MENDAFTARKAN DIRI













TN. HJ. HASSAN PENUH BERSEMANGAT MENYAMPAIKAN CERAMAH MOTIVASI

28 Januari 2012.
Majlis bertemu waris murid tahun 6 2012 telah diadakan di foyer sekolah . Kira-kira 67 orang waris menghadiri majlis ini. Majlis dipengerusikan oleh Pn. Saemah dan dirasmikan oleh Tn. Guru Besar, En. Ahmad Azmi b. Hj. Aiyob. Guru Besar dalam ucapannya turut menegaskan bahawa murid bukanlah tidak boleh menonton tv tetapi harus dikawal selia oleh ibubapa dan mestilah mematuhi waktu yang tertentu. Majlis ini bertujuan untuk memberi taklimat kepada waris murid cara-cara untuk membantu pembelajaran murid di rumah.

Guru-guru yang turut menyampaikan taklimat termasuklah Ketua panitia bahasa Melayu, B. Inggeris, Matematik dan Sains. En. Hayazi selaku ketua panitia Pendidikan Islam menyampaikan taklimat tentang KAFA.

Majlis turut diserikan lagi dengan ceramah motivasi dari Tn. Haji Hassan Ahmad, Pengetua Sekolah Menengah Permatang Janggus. Majlis ini bermula kira-kira pada pukul 8.45 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 12.15 petang.

No comments:

Post a Comment

TVSKSB TERKINI-SUASANA KETIKA MENERIMA KEPT. UPSR