LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SKSB DAN KE PULAU PINANG:
SEKOLAH KEBANGSAAN MUTIARA RINI,JOHOR
TARIKH: 22 SEPT. 2012
22 SEPT. 2012
Dalam kesibukan guru mengendalikan Hari Kecemerlangan Akademik 2012, SKSB sekali lagi menerima para tetamu. Kunjungan kali ini adalah dari Sekolah Kebangsaan Mutiararini.Johor Bersama rombongan lebih 35 orang murid termasuklah pengawas sekolah itu mereka telah tiba di SKSB lebih kurang pada pukul 10.30 pagi. Mereka disertai oleh dua orang guru pengiring. Lawatan mereka adalah atas konsep lawatan sambil belajar.
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk bertukar-tukar pendapat dan mengukuhkan silaturrahim. Guru besar dan PK HEM turut menyambut kedatangan mereka. Satu taklimat ringkas diberikan kepada murid dan mereka terus dibawa ke jamuan tengahari. Selepas itu mereka dibawa melawat kawasan sekolah dan akhir sekali mereka bergambar beramai-ramai bersama guru SKSB.
No comments:
Post a Comment