Blogger Widgets

PERHATIAN TERKINI

PERHATIAN PENTING!: OLEH KERANA GAMBAR DILAMAN INI TELAH MENCUKUPI KUOTA, LAMAN INI TELAH DIARKIBKAN DAN AKAN DIJADIKAN SATU PAUTAN DARI LAMAN SKSB YG BARU (LAMAN SKSB YANG BARU IALAH DI http://skseribayupenang3.blogspot.com/. UTK MAKLUMAN ; LAMAN INI MENGANDUNGI BERITA SEKITAR MEI 2010HINGGA NOVEMBER 2012 SAHAJA. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.

TAIP CARIAN ANDA DARI BLOG INI

LAGU RASMI SEKOLAH (KLIK "SIMBOL PLAY")

Sunday, September 2, 2012

KAD PERPUSTAKAAN BERKOD BAR BARU

                                        KAD PERPUSTAKAAN BERKOD BAR BARU
                             Gambar di atas: contoh kad perpustakaan yang baru


Sudut pinjaman berkomputer




                 SKSB menggunakan perisian e-kutubkhanah dlm proses pinjaman buku..

Kad perpustakaan berkod bar baru telah dijalankan secara percubaan. Kad itu akan digunakan oleh murid tahap 2 untuk meminjam buku-buku perpustakaan . Manakala untuk tahap 1, mereka hanya dibenarkan membuat pinjaman berkelompok melui guru mereka. Di antara ciri yang menarik ialah tulisan pada kad ini berwarni warni bagi membezakan maklumat-maklumat nombor Surat Beranak, Tarikh  lahir, nombor telefon, nombor kod bar peminjam dan status peminjam. Di belakangnya pula dicetak alamat murid.Pada masa akan datang kemungkinan gambar murid juga akan dipaparkan di kad ini.

Beberapa pustakawan yang terpilih telah dilatih untuk mengendalikan pinjaman berkomputer di perpustakaan.Kad ini akan di"scan" di bahagian kod barnya dan proses pinjaman dan pemulangan buku-buku akan menjadi bertambah lancar.

Pinjaman harian buku telah naik mendadak sebanyak 300 peratus sejak akhir-akhir ini. ini mungkin disebabkan penggunaan kad perpustakaan yang baru ini, kempen melalui "radio SKSB" dan perhimpunan bulanan PSS.Kad ini juga secara tak langsung menjadi kad pengenalan murid SKSB.Pinjaman buku boleh dilakukan pada masa rehat setiap hari persekolahan.Tahniah kepada unit bacaan yang melakukan inisiatif ini!




Komen-komen dan gambar-gambar dilaman ini bertujuan untuk pendidikan sahaja dan tidak berniat untuk menyinggung sesiapa jua.Jika anda rasa tersinggung atau maklumat atau gambarnya kurang sesuai atau kurang tepat, sila hubungi kami.Terima kasih. Kami mengalu-alukan semua cadangan dan teguran anda. Gambar-gambar yang lebih banyak juga boleh didapati di facebook kami atas nama: albumsksb.

No comments:

Post a Comment

TVSKSB TERKINI-SUASANA KETIKA MENERIMA KEPT. UPSR