Blogger Widgets

PERHATIAN TERKINI

PERHATIAN PENTING!: OLEH KERANA GAMBAR DILAMAN INI TELAH MENCUKUPI KUOTA, LAMAN INI TELAH DIARKIBKAN DAN AKAN DIJADIKAN SATU PAUTAN DARI LAMAN SKSB YG BARU (LAMAN SKSB YANG BARU IALAH DI http://skseribayupenang3.blogspot.com/. UTK MAKLUMAN ; LAMAN INI MENGANDUNGI BERITA SEKITAR MEI 2010HINGGA NOVEMBER 2012 SAHAJA. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.

TAIP CARIAN ANDA DARI BLOG INI

LAGU RASMI SEKOLAH (KLIK "SIMBOL PLAY")

Monday, August 20, 2012

KUTIPAN DERMA KILAT BANTUAN KEBAKARAN SEGERA

 LOKASI: SEMUA KELAS WAKTU MULA: 8.45 PAGI 
MURID YANG DIAMANAHKAN TELAH BEREDAR DARI KELAS KE KELAS









Tn. GB dan Cikgu Murni sedang berbincang dengan murid yang terlibat.
Tn GB(tengah) dan cikgu Normurni (kanan) selaku pengerusi kelab guru
 sedang memperkatakan sesuatu kepada pemilik rumah.


TELUK KUMBAR - Dua buah rumah teres musnah sama sekali dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Melayu petang semalam.

Ketua Balai Penyelamat Seri Balik Pulau, Asmahisham Ab Aziz berkata, kesemua penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila kebakaran itu memusnahkan kedua-dua rumah tersebut dalam jangka masa yang singkat.

“Angin kuat menyebabkan api mudah marak dan menyukarkan kami untuk mengawal kebakaran.

“Kedudukan rumah yang diperbuat daripada papan juga menjadi salah satu cabaran untuk memadamkan api,” katanya.

Beliau memaklumkan, sebanyak lima jentera bersama 41 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Pulau, Bayan Baru dan Jalan Perak ditugaskan ke lokasi kejadian.
“Api dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 20 minit dan mujurlah kesemua penghuni sempat menyelamatkan diri.

“Punca kejadian masih lagi di dalam siasatan,” katanya.

Salah seorang mangsa , Cha Osman 68, berkata dia hanya tahu akan kejadian tersebut setelah menerima panggilan telefon dari cucunya.

“Api itu bermula dari rumah jiran kami dan merebak dalam masa beberapa minit sahaja.
“Saya hanya sempat menyelamatkan isteri, Ghaya Ahmad, 63 yang tidak boleh berjalan dan membawanya ke tempat yang selamat,” katanya.

Beliau berkata, persiapan rayanya bersama enam ahli keluarga turut musnah dalam kejadian tersebut.

“Segala persiapan seperti biskut dan baju raya telah siap namun kami reda dengan kejadian yang menimpa,” katanya.

-Petikan dari Harian Sinar Online  http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/dua-rumah-musnah-dalam-kebakaran-1.75591

Komen-komen dan gambar-gambar di laman ini bertujuan untuk pendidikan sahaja dan tidak berniat untuk menyinggung sesiapa jua. Jika anda rasa tersinggung atau kurang sesuai atau kurang tepat, sila hubungi kami.Terima kasih

No comments:

Post a Comment

TVSKSB TERKINI-SUASANA KETIKA MENERIMA KEPT. UPSR