10 FEB. 2012 Sambutan Maulidurrasul 1433h telah diadakan di sekolah. Pada pukul 7.45 pagi,murid diarahkan berkumpul di Dataran Bayu dan diarahkan menyanyikan nasyid "Rasul Junjungan" secara beramai-ramai. Kemudian mereka bersama-sama guru berarak di kawasan sekolah sambil bersalawat. Selepas itu murid dan guru berkumpul di foyer untuk mendengar ceramah oleh penceramah jemputan , Ustaz Habib dari SRK Seri Permai.
Pada masa yang sama; guru-guru dipecahkan kepada dua kumpulan. Sekumpulan lagi berkumpul untuk mengacau bubur Asyura. Dalam ceramah di foyer, murid telah dihidangkan dengan klip-klip video mengenai Rasulullah oleh penceramah tersebut.Mereka juga dihidangkan dengan tayangan video klip tokoh hijrah kanak kanak dari tahun 2010 hingga 2011 oleh PSS.
Majlis berakhir kira-kira pada pukul 12 tengahari selepas bubur Asyura diagihkan kepada guru dan kakitangan sekolah.
No comments:
Post a Comment