Blogger Widgets

PERHATIAN TERKINI

PERHATIAN PENTING!: OLEH KERANA GAMBAR DILAMAN INI TELAH MENCUKUPI KUOTA, LAMAN INI TELAH DIARKIBKAN DAN AKAN DIJADIKAN SATU PAUTAN DARI LAMAN SKSB YG BARU (LAMAN SKSB YANG BARU IALAH DI http://skseribayupenang3.blogspot.com/. UTK MAKLUMAN ; LAMAN INI MENGANDUNGI BERITA SEKITAR MEI 2010HINGGA NOVEMBER 2012 SAHAJA. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.

TAIP CARIAN ANDA DARI BLOG INI

LAGU RASMI SEKOLAH (KLIK "SIMBOL PLAY")

Tuesday, May 3, 2011

MAJLIS PERSARAAN TN. GURU BESAR





HADIRIN










TUAN GURU BESAR TIDAK DAPAT MENAHAN AIR MATA













DIIRINGI SIRIH JUNJUNGAN...












MEMOTONG KEK YANG DIBUAT KHAS...














"LAMBAIAN TERAKHIR"



















DIARAK DI ATAS BECA












DIIRING KOMPANG PIMPINAN CIKGU NORMURNI












BANNER KHAS YANG DIPASANG








29 MEI 2011 (JUMAAT)

Suatu acara yang gilang-gemilang telah diadakan sempena majlis perpisahan dan persaraan tuan Guru Besar, En. Ab. Hamid b. Arshad . Acara tersebut telah dianjurkan oleh Kelab Guru SKSB. Dalam ucapannya, En. Ab.Hamid mengatakan beliau begitu terharu dengan penghargaan itu. Menurutnya beberapa minggu yang lalu beliau juga telah menitiskan airmata kerana kehilangan adiknya yang terlibat dengan kemalangan ngeri tetapi titisan airmata beliau pada hari ini lebih banyak lagi.

Pada permulaan majlis, beliau diiring dari pejabat hingga ke foyer sekolah dengan iringan paluan kompang. Ketika beberapa langkah lagi akan sampai ke tempat duduk di hadapan foyer, airmata beliau menitis tanpa dapat ditahan lagi. Terpampang wajah beliau yang terharu lagi sebak.

Dalam ucapan terakhirnya di foyer, beliau menceritakan sejarah panjang hidupnya.Menurutnya pada mulanya beliau "diposkan" ke Lundu, Sarawak. Beberapa ranjau terpaksa diharunginya sebelum bergelar seorang guru. Menurutnya, beliau pernah bekerja sebagai "buruh kontrak" ketika dalam perjalanan mengejar cita-citanya. Beliau cuba untuk menyembunyikan kerjayanya itu supaya tidak diketahui umum tetapi masih terdapat penduduk kampung yang mengenali beliau ketika itu. Walaubagaimanapun beliau bukanlah malu dengan kerjaya beliau ketika itu tetapi cuma tidak suka ia menjadi "buah mulut" dan menjadi perbualan ramai.

Menurut beliau lagi, tapak sekolah sekarang adalah bekas tempat beliau bermain "tangkap ikan pelaga" semasa beliau masih kecil. Ketika itu tapak sekolah ini adalah sawah padi.Selepas berucap, beliau dianugerahkan beberapa cenderahati oleh guru-guru, wakil murid dan murid-murid. Selepas itu beliau dipersembahkan dengan beberapa persembahan murid dan guru.

Di akhir majlis beliau diarak dengan beca di koridor sekolah.(rancangan awal di kawasan sekolah terpaksa dibatalkan kerana cuaca kurang elok).Ketika itulah beliau melambai-lambaikan tangan kepada semua murid hingga tiba di hadapan pejabat. Bila sampai di hadapan pejabat, beliau membuat lambaian terakhir sebelum masuk ke dalam kereta yang sedang menanti beliau. Kereta yang dipandu oleh En. Nasril itu membawa beliau ke destinasi yang melambangkan perpisahan.

Di sebelah malam pula telah diadakan suatu jamuan perpisahan khas di salah sebuah hotel. Semua guru dan AJK PIBG turut hadir bagi memeriahkan lagi suasana. Kali ini Tn. Guru besar turut ditemani oleh isterinya.Beliau sekali lagi diberi peluang menyampaikan amanat terakhir kepada semua guru. Majlis perpisahan ini juga diserikan lagi dengan tayangan klip video tentang beberapa peristiwa penting dalam lipatan sejarah hidup beliau. Sebelum berpisah, beliau bersalam dengan setiap guru secara seorang demi seorang sambil memberi pesanan dan amanat secara peribadi.

No comments:

Post a Comment

TVSKSB TERKINI-SUASANA KETIKA MENERIMA KEPT. UPSR