Blogger Widgets

PERHATIAN TERKINI

PERHATIAN PENTING!: OLEH KERANA GAMBAR DILAMAN INI TELAH MENCUKUPI KUOTA, LAMAN INI TELAH DIARKIBKAN DAN AKAN DIJADIKAN SATU PAUTAN DARI LAMAN SKSB YG BARU (LAMAN SKSB YANG BARU IALAH DI http://skseribayupenang3.blogspot.com/. UTK MAKLUMAN ; LAMAN INI MENGANDUNGI BERITA SEKITAR MEI 2010HINGGA NOVEMBER 2012 SAHAJA. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.

TAIP CARIAN ANDA DARI BLOG INI

LAGU RASMI SEKOLAH (KLIK "SIMBOL PLAY")

Saturday, January 1, 2011

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2011

Seorang ibu sedang menyemak nama anaknya

30hb Disember (Khamis) 2010. Murid tahun 1 dan Pra-sekolah mendaftar secara rasminya sebagai murid di SKSB.Pada hari ini murid dibekalkan dengan buku-buku teks. Ibubapa juga mengambil kesempatan membeli buku-buku latihan dan alatulis untuk anak-anak mereka.Pendaftaran bermula pada pukul 8.30 pagi tetapi nampaknya murid terlalu bersemangat dan datang lebih awal dari itu.

Murid dikenalkan dengan guru kelas mereka

Selepas pendaftaran, murid dikenalkan dengan kelas dan guru kelas masing-masing.Selepas itu suatu taklimat ringkas diadakan di kantin sekolah.Guru yang memberi taklimat ialah En. Hamid (Tuan Guru Besar), Pn. Zanariah (PK1) , Pn. Khairiah (PK HEM),En. Azhar (PK Kokurikulum) dan Pn. Mardziah (Guru Kanan Pra-sekolah).

Tn. Guru Besar sedang menyampaikan taklimat


Tn. Guru besar mengingatkan supaya ibubapa melakukan sesuatu mengikut "saluran" yang ditetapkan. Mereka boleh berjumpa dengannya jika ada sebarang cadangan atau jika perlu sebarang penjelasan. Mereka tidak seharusnya "cakap dibelakang" atau menghantar surat layang.

Pn. Zanariah pula menyarankan supaya ibubapa sering memeriksa beg anak-anak mereka terutama pada minggu pertama persekolahan. Ini kerana surat-surat makluman dari pihak sekolah akan dikirimkan melalui anak-anak mereka. Beliau juga menegaskan pada tahun ini pendidikan reproduktif akan diperkenalkan oleh kementerian di semua sekolah. Beliau mengharapkan ibu bapa tidak terkejut jika terdapat anak-anak mereka membicarakan tentang anggota tubuh badan termasuk alat sulit mereka.Murid perlu dibekalkan dengan pensel warna sebagai salah satu kelengkapan harian mereka.

Pn. Khairiah memaklumkan bahawa pada tahun ini sekolah akan cuba mendidik murid supaya lebih peka tentang kebersihan kelas. Mulai tahun ini setiap kelas tidak akan dibekalkan dengan bakul sampah. Ia sebagai satu cubaan sekolah untuk cuba menghayati konsep "tiada bakul sampah".

En. Azhar (Pen. Kanan Ko-kurikulum) menegaskan murid dibenarkan memakai baju Pendidikan Jasmani sepanjang sesi pembelajaran hingga pulang sekolah jika kelasnya mempunyai waktu PJ pada hari berkenaan.

Pn. Mardziah selaku Guru Kanan Pra-Sekolah menjalankan inisiatif meminta ibu bapa mencalonkan ketua "Pemuafakatan Pra-Sekolah". Ini bertujuan untuk mewujudkan sikap dan tindakan yang yang disepakati dalam menangani sesuatu isu.Pelantikan "Pemuafakatan Pra-Sekolah" bukanlah bertujuan untuk menambah beban ibubapa yang dilantik.Beliau juga mengharapkan ibubapa datang awal untuk menjemput anak mereka pulang dari sekolah sebaik sahaja selesai sesi persekolahan.Ini untuk mengelakkan keresahan murid tersebut. Majlis taklimat bersurai kira-kira pada pukul 12.30 tengahari.

* sila rujuk slideshow "Keletah murid tahun 1" untuk melihat gambar-gambar mengenai laporan ini.

No comments:

Post a Comment

TVSKSB TERKINI-SUASANA KETIKA MENERIMA KEPT. UPSR