TAIP CARIAN ANDA DARI BLOG INI
LAGU RASMI SEKOLAH (KLIK "SIMBOL PLAY")
Saturday, November 20, 2010
LENCANA SEKOLAH
RASIONAL
Sekolah Kebangsaan Seri Bayu (SKSB) merupakan sebuah sekolah rendah baru yang beroperasi mulai 3 Januari 2001. Terletak dilokasi Pekan Teluk Kumbar, dalam Daerah Barat Daya, Pu1au Pinang. Buat permulaan sekolah akan beroperasi dari tahun satu hingga tip (Tahap Satu ). Sidang berlangsung sesi pagi dan petang dengan pelajar seramai 800 orang dan tenaga pengajar seramai 34 orang.
COGAN KATA
" Berilmu dan Bertakwa" - Cogan kata ini membawa maksud warga SKSB perlu berilmu dan bertakwa selaras dengan tuntutan agama. Dengan berilmu seseorang itu akan dipandang tinggi dan mulia. Mempunyai ilmu yang tinggi seseorang dapat bertakwa kepada TuhanNya. Menjadi tugas dan tanggungjawab pendidik supaya anak didikanya beroleh sifat tersebut.
LAMBANG
Buku
Buku merupakan sumber ilmu . Setiap warga SKSB perlu menimba ilmu dengan gigih. Menerusi pembacaan murid-murid akan mendapat banyak manfaat. Setiap pendidik perlu menyernai budaya membaca di kalangan murid-murid termasuk din pendidikan itu sendiri.
Pena dan 3M :
Pena memainkan peranan yang begitu bekesan dalam merencanakan pemikiran. Ketajaman akal membolehkan setiap murid melahirkan perasaan. Manakala 3M pula menyatakan bahawa setiap murid perlu menguasai kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira. Justeru itu setiap pendidik SKSB perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menangani kelemahan murid-murid dalam menguasai kemahiran tersebut.
Buaian (Warna Kuning)
Penafsiran tentang buaian ini bermaksud agar setiap insan yang dipanggil murid itu menuntut ilmu dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad. Ini memberi erti bahawa pelajar di SKSB akan diasuh, dididik dan diajar hingga menjadi insan yang sempurna.
Peralatan Sains dan Gear :
Hasrat dan warga pendidik SKSB agar pelajar dapat menguasai bidang Sains dan Teknologi dalam menempuh cabaran globalisasi masa kini akan diberi perhatian. Tidak lupa juga dalam penggabungjalinan dengan nilai-nilai murni negara.
BENDERA SEKOLAH
Penafsiran Warna :
Warna Merah, Biru, Kuning dan Putih merupakan warna yang terdapat pada Bendera Malaysia. Ia sebagai lambang inspirasi negara. Rasa megah dengan bangga sebagai Rakyat Malaysia.
Warna Merah : Lambang keberanian sentiasa menegak kebenaran.
Warna Biru : Lambang keharrnonian dan menjamin kerukunan damai.
Warna Kuning : Lambang kebebasan dalam menyata kebenaran.
Wama Putih : Lambang ketulusan dan kebersihan hati dalam semua aspek.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment